Agamemnon oleh Aeschylus Kassandra

Ajax menculik Kassandra, kylixtondo figura merah oleh Kodros Painter (el), c. 440–430 SM, Louvre

Pementasan Agamemnon daripada trilogi Aeschylus Oresteia menggambarkan raja tersebut mengikut kain merah saga yang dibentangkan baginya, dan mati di luar pentas.[18]:baris 972 Selepas oda koir menandakan firasat buruk, masa terpegun dalam "babak edan" Kassandra.[19]:h. 11–16 Beliau telah pun ada di atas pentas namun diam dan diabaikan. Kegilaannya yang dilepaskan bukannya seperti penderitaan fizikal watak-watak lain dalam tragedi Yunani, seperti dalam Heracles Euripides atau Ajax Sophocles.

Menurut Seth Schein, seorang penulis, dua lagi pemerihalan kegilaan ialah seperti Heracles dalam The Women of Trachis atau Io dalam Prometheus Bound.[19]:h. 11 Beliau bercakap, secara terangan-angan dan aneh, di bawah pengaruh sumpahan Apollo,[18]:baris 1140 dan menyaksikan peristiwa silam dan yang akan datang. Schein mengatakan, "Dia (Kassandra) menimbulkan rasa kagum, gerun dan kasihan yang sama seperti penghidap skizofrenia".:h. 12 Kassandra adalah salah seorang seperti mereka "yang biasa menggabungkan wawasan benar dan mendalam dengan perasaan tidak berdaya, dan melarikan diri ke kegilaan."

Eduard Fraenkel menumpukan[19]:h. 11, nota 6[20] pada kontras syahdu antara dialog yang dideklamasikan dan dinyanyikan dalam babak ini. Barisan koir yang ketakutan tidak dapat memahaminya. Kassandra beredar ke luar pentas di mana beliau akan dibunuh Klytaimnestra walaupun dia tahu apa akan berlaku padanya.[21]:hh. 42–55 [full citation needed][22]:pp. 52–58

Berkaitan